Friday, March 28, 2014

Seluar ketat mudarat kesihatan


Tidak dinafikan, ramai orang sukakan gaya mengikut fesyen terkini dan digilai ramai, lebih-lebih lagi golongan remaja. Mereka sering menukar penampilan mengikut peredaran zaman. Remaja lelaki khususnya gemar memakai seluar ‘skinny’ dan mengikut fesyen yang digemari wanita itu.
Apa yang paling menarik ialah seluar ‘skinny’ itu terbukti menjadi kegilaan ramai selain meraih populariti dalam kalangan remaja Malaysia. Pemakaian seluar jenis ini sebenarnya bertujuan untuk kelihatan lebih bergaya, namun terdapat remaja memakainya untuk kelihatan lebih kurus daripada saiz badan sebenar. Kebiasaannya seluar dipakai itu ketat kononnya untuk kaki tampak kecil dan elok dipandang.
Ramai remaja menghadapi pelbagai kesukaran apabila menyarungkan seluar yang terlampau ketat itu. Ada yang sampai melompat-lompat kerana saiz pinggang terlalu kecil. Walaupun begitu, ada saja yang taksub sehingga tidak memikirkan kesan buruk.

Hakikatnya, pakaian diciptakan bukan untuk memberikan bentuk atau saiz badan yang kita tidak miliki dan di situlah remaja menghadapi masalah. Banyak masalah kesihatan timbul akibat daripada pemakaian seluar yang terlalu ketat itu.



Masalah kesihatan

Berdasarkan kajian daripada pakar bedah vaskular Dr Nicholas Morissey, pemakaian seluar ‘skinny’ yang ketat boleh menjadikan kaki anda rasa kebas pada paha atau lebih dikenali sebagai ‘meralgia paresthetica’.

Menurut Morissey, terdapat saraf deria datang daripada pelvis yang bertindak memberikan sensasi ke bahagian paha anda.

Remaja yang memakai seluar ‘skinny’ yang ketat bagaimanapun merasa kebas akibat daripada pengecilan saraf pada paha itu. Ketika duduk, paha akan mengalami tekanan tinggi dan apabila berdiri, anda tidak akan dapat rasakan pergerakan kaki. Menurut Morissey, keadaan ini tidak berbahaya namun apabila ia kerap berulang, maka ia boleh menyebabkan keadaan kaki kejang itu berkekalan.

Pakar neurologi, Dr John Michael Li pula berkata, remaja yang menderita sindrom seluar ketat biasanya akan rasa tidak selesa pada abdominal, pedih ulu hati dan masalah sendawa apabila memakai seluar ketat itu.

Kebiasaannya seluar yang dipakai bersaiz tiga inci yang terlalu kecil untuk saiz pinggang seseorang remaja.

Penasihat perubatan, Dr Orly Avitzur pula memberitahu bahawa makanan tidak akan hadam apabila terdapat tekanan pada bahagian abdomen. Pemakaian seluar ketat ini boleh membawa kepada masalah lebih serius seperti makanan tidak boleh dihadamkan dengan betul dalam kalangan remaja yang menghadapi masalah pedih ulu hati. Seluar yang terlalu ketat memburukkan lagi keadaan itu.

Lelaki terutamanya perlu berhati-hati dan mengambil berat dalam aspek pemakaian. Jika mereka tetap memilih seluar ketat sebagai pelengkap fesyen, risikonya amat tinggi. Misalnya, remaja lelaki akan hadapi masalah kilasan testis di mana satu testis akan berpintal dengan sendirinya. Jika tidak dirawat, pintalan itu akan memotong peredaran darah dan seterusnya testis akan mati.

Selain itu, remaja lelaki juga akan mengalami lemah kawalan kencing dan jangkitan saluran kencing. Lebih buruk lagi apabila bilangan sperma menurun dan kulat akan mudah merebak pada bahagian kelamin akibat daripada pemakaian seluar yang ketat ini.


Apa kata mereka

Yasmin Moktar, 21, pelajar kolej swasta berkata, pemakaian seluar ‘skinny’ ini tampak moden dan bergaya selain kelihatan menarik.

“Apa yang saya dapat lihat ialah kebanyakan remaja sekarang menjadikan seluar ketat sebagai pilihan utama dalam pemakaian. Namun seluar yang dianggap fesyen terkini itu ada yang terlalu ketat sehinggakan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.

“Nak sarungkan seluar itu saja begitu sukar sehinggakan ada yang perlu menarik seluar ke bahagian pusat berkali-kali kerana terlampau ketat dan lebih kecil daripada saiz pinggang sebenar. Bagi perempuan, mereka lebih suka menggayakan seluar ketat bersama kasut tumit tinggi.

“Tidakkah keterlaluan dalam aspek berpakaian sehingga sanggup menyakiti diri sendiri. Inikan pula seluar begitu ketat yang boleh menyakiti bahagian sendi dan otot di bahagian peha. Kalau nak diikutkan memanglah sendi rasa sakit dan kebas sebab seluar itu terlalu ketat dan menghalang udara masuk selain memberikan tekanan yang tinggi pada bahagian peha.” katanya.

Menurutnya, fesyen seluar ketat itu tidak terhad kepada remaja perempuan saja, tapi juga pada golongan lelaki.

Katanya, lelaki yang memakai seluar ‘skinny’ yang ketat ini agak keterlaluan dan boleh menunjukkan ciri feminin yang tidak bagus untuk imej mereka.

Bagi Ridzuan Azmi, 21, pelajar universiti swasta berpendapat, fesyen seluar ‘skinny’ dalam kalangan lelaki ini tidaklah memudaratkan jika saiz yang dipilih itu bertepatan dengan bentuk pinggang.

“Ada juga situasi di mana saya melihat remaja lelaki yang memakai seluar ‘skinny’ ketat untuk kelihatan kurus, walhal saiz badan tidak bersesuaian dengan fesyen itu. Bukan saja pelik tapi saya juga percaya pemakainya pasti mengalami kesakitan yang luar biasa terutama pada bahagian paha.

“Lihat saja remaja lelaki yang memakai seluar ‘skinny’ ketat kadangkala tidak menunjukkan gaya lelaki yang maskulin. Sudahlah ketat dan susah untuk sarung, pemakainya pun pasti mengalami masalah sendi dengan kerap.

“Saya pernah dengar ada remaja lelaki yang mengalami masalah di bahagian kelamin akibat daripada pemakaian seluar ketat ini. Mana tidaknya, seluar yang terlampau ketat boleh hadkan saluran udara dan menyakitkan alat sulit mereka,” katanya.

Menurutnya, remaja lelaki perlu memilih seluar ‘skinny’ yang lebih longgar dan tidak terlalu ketat sehingga boleh membahayakan diri sendiri.


Cara mengatasi

Yang paling penting, remaja perlu menitikberatkan kesihatan terlebih dulu sebelum memilih pakaian yang digemari. Tanpa motivasi dan pengetahuan umum berkenaan masalah kesihatan yang mungkin berlaku, ramai remaja membeli pakaian secara membuta tuli.

Bagi mereka yang gemarkan seluar ‘skinny’ memanglah tidak salah memakainya, namun perlu juga buat pemilihan yang betul. Bagi mereka yang mempunyai saiz badan besar adalah dinasihatkan memakai seluar bersesuaian dengan saiz mereka. Kalau tidak ada saja masalah kesihatan timbul sekiranya dibiarkan secara berterusan.

Remaja lelaki khususnya perlu mengenakan seluar ‘skinny’ yang longgar dan tidak ketat untuk melancarkan saluran udara dalam seluar bagi mengelakkan jangkitan kuman dan sakit pada bahagian alat sulit.

Sekiranya masalah kesihatan dialami berlanjutan, jangan teragak-agak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sewajarnya agar kesakitan itu tidak membawa padah.



Sumber : Harian Metro

Bas dua alam


Kuala Berang: Dua kenderaan ‘amphicoach’ (bas amfibia) yang dibeli kerajaan negeri Terengganu bukan setakat digunakan untuk merancakkan aktiviti pelancongan di Tasik Kenyir, malah akan dipakai bagi kemudahan memindahkan mangsa banjir di negeri ini setiap kali bencana itu melanda.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk membeli dua kenderaan terbabit yang bernilai RM6 juta kerana ia mempunyai pelbagai fungsi yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.
“Kerajaan negeri bersetuju membeli dua buah ‘amphicoach’ buatan Malta ini yang dapat digunakan di darat dan air.

“Kenderaan berbentuk seperti bas ini mampu memuatkan 50 penumpang pada satu-satu masa dengan kelajuan mencecah lapan knot di dalam air.

Foto
AMPHICOACH bakal merancakkan pelancongan Tasik Kenyir dan digunakan untuk pemindahan mangsa banjir.

“Setibanya musim tengkujuh, ia akan digerakkan bagi membantu mangsa banjir kerana biasanya pengangkutan darat mengalami kesukaran kerana laluan terputus hubungan akibat banjir besar seperti di Kemaman, tahun lalu.



Sumber : Harian Metro

Rumah bertongkat buluh



Pasir Mas: Kerana tidak mahu menyusahkan empat anak yang bersedih dengan perceraiannya bersama bekas isteri, seorang warga emas sanggup hidup dalam serba kedaifan di sebuah rumah usang di Kampung Jebak Puyuh, Lubuk Tapah, di sini.
Lelaki terbabit, Ibrahim Muda, 80, berkata, dia lebih rela menghuni pondok yang ibarat bangsal buruk tanpa dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air bersih mahupun tandas asalkan kehidupan hariannya diteruskan seperti biasa.
Katanya, dia membina rumah itu sendiri walaupun kelihatan senget sedikit dan terpaksa ditongkat dengan buluh bagi mengelaknya rebah.

“Ini saja yang mampu saya bina dengan kudrat yang ada. Cukuplah asal boleh berteduh daripada panas dan hujan.




Foto
IBRAHIM tongkat rumah guna buluh elak roboh. Gambar kecil, ruang rumah terhad dan daif.

 

“Saya tidak mahu menyusahkan anak-anak, apatah lagi selepas bercerai beberapa tahun lalu mereka kekal menetap di Pahang dan saya pulang ke sini,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Sumber : Harian Metro

Thursday, March 27, 2014

Beli burger dapat asid

 
Pasir Puteh: “Saya sangka dia mahu minum air dari botol dibawanya ketika menghampiri kami namun sangkaan saya meleset apabila tiba-tiba dia menyimbah cecair ke muka dan badan kami hingga menyebabkan rakan saya menggelupur kepanasan,” kata remaja berusia 14 tahun yang melecur bersama rakannya akibat disimbah asid ketika membeli burger di sebuah gerai di Kampung Banggol Pak Esah, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, Emi Azman, 22, cedera parah dengan melecur teruk di muka dan badan manakala remaja berkenaan Tuan Zulashraf Tan Yaacob, yang membonceng motosikal rakannya itu melecur di muka, bahu dan betis akibat terkena percikan asid berkenaan.

Ketika kejadian kedua-dua mereka berada di atas motosikal menunggu burger siap apabila disimbah asid oleh lelaki yang dikenali itu.


Foto
KEADAAN muka Tuan Zulashraf yang melecur selepas terkena tempias simbahan asid ketika dia bersama rakan membeli burger.

Menurut Tuan Zulashraf, selepas terkena simbahan asid itu, rakannya memecut motosikal untuk melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan turut dikejar suspek sebelum lelaki itu menghilangkan diri.


Sumber : Harian Metro

Wednesday, March 26, 2014

Punca enjin pesawat Malindo Air dari Subang ke Terengganu terbakar pada 26 Mac 2014. Kebakaran pada enjin pesawat adalah perkara yang jarang berlaku dalam sistem penerbangan. Namun nasib malang itu boleh berlaku tanpa diduga. Terdapat beberapa faktor enjin pesawat terbakar termasuklah masalah teknikal dan faktor penyelengaraan yang lemah serta tidak mengikut prosedur. Namun antara faktor utama enjin terbakar adalah masalah kebocoran pada tangki bahan api. Bahan api yang bocor mudah terbakar apabila tersentuh permukaan enjin yang panas.





Terdahulu, pesawat Malindo dari Subang-Terengganu terpaksa berpatah palik selepas enjin sayap kiri pesawat terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Juruterbang berjaya melakukan pendaratan kecemasan dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama. Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu, dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi itu dilaporkan selamat.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhep9AOoKGddxBAVqvegJJDbKcmIT_MWpD2D1RGICa46HRsgu8_wiW6mFDAgFOCrQzEwUVS9DGjGxDsg894niy8jGVMjowKb_xL6nT5OTZPOFq8kRgJHGjEZw8A7z0Vl01bXQRU2eCUQxR5/s640/IMG-20140326-WA0027.jpg


Sumber: Punca Enjin Pesawat Malindo Terbakar 26 Mac 2014 | melvister.com








Keputusan Terkini Kelantan Vs JDT 25 Mac 2014 Liga Super
The Red Warriors melayan kunjungan skuad Harimau Selatan dalam aksi Liga Super bagi perlawanan yang kesembilan buat kedua-dua pasukan di stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu

live streaming kelantan vs jdt 25 3 2014 liga superkeputusan terkini kelantan vs jdt 25 mac 2014 liga super

Berdasarkan kedudukan kedua pasukan dalam carta liga sebelum perlawanan ini menyaksikan pasukan Kelantan berada ditangga ketiga liga dengan 13 mata manakala Johor Darul Ta’zim di kedudukan keenam dengan 11 mata

Keputusan Semasa Dan Penuh Kelantan Lwn Johor Darul Takzim (JDT) Liga Super 25 March 2014

Berikut adalah keputusan perlawanan Kelantan dan JDT yang berlangsung pada Selasa jam 8.45 malam 
 
 

logo baru jdt 1 2014keputusan terkini kelantan vs jdt 25 mac 2014 liga super             logo baru kelantan 2014keputusan terkini kelantan vs jdt 25 mac 2014 liga super


  JDT   vs    Kelantan
1 - 2


 





 




Sumber : Blog mysumber

 Kronologi Penuh Kehilangan Pesawat MH370

 



MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-16 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

8 MAC

* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada
12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang
sama.

* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

9 MAC

* Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya
dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat
MH370.

10 MAC 

* Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui
di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak
bagi kapal kargo.

11 MAC

* Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

* Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas
dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

12 MAC

* Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

* Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat.
Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

* Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki
pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

13 MAC

* Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang
kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

14 MAC

* Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.
* Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

15 MAC

* Perdana Menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

* Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan
dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi
kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

* Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan
ditamatkan.

16 MAC 

* Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

17 MAC

* Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

18 MAC

* Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

19 MAC

* Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

20 MAC

* Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.

* Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek
di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya
Perth.

* Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang
dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

21 MAC

* Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

* Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang
keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

* Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang
dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang
penumpang berkenaan bersih.

22 MAC

* Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

* Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran
22.5 meter x 13 meter.

* Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek
dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya
Perth.

23 MAC

* Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

* Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia
memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

24 MAC

* Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

* Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370
dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

* MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama


Sumber : Blog Laman Kongsi

Friday, March 21, 2014

Rasuah pembinaan UMK jeli

 

SPRM buka 18 kertas siasatan Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 18 kertas siasatan berhubung tindakan susulan terhadap Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 yang dibentangkan di Parlimen pada 1 Oktober dan 2 Disember tahun lalu. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, siasatan bagi semua kes berkenaan sudah selesai dan dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya di Jabatan Peguam Negara termasuk mengambil keterangan saksi. Katanya, antara kes disiasat termasuk tuntutan palsu di Kementerian Kerja Raya di mana pengarah mengesahkan Sijil Perakuan Siap Kerja bagi pembinaan Asrama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Jeli bernilai RM23.6 juta dan Kampus UMK di Bachok bernilai RM100.4 juta sedangkan kerja tidak mengikut spesifikasi dan tidak disiapkan sepenuhnya kontraktor. “Selain itu, kes Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Landskap dan Rekreasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula membabitkan aktiviti rasuah serta penyelewengan berhubung perolehan pokok instan untuk menambah baik Taman Dusun Bandar dengan membuat pembelian pokok instan yang berharga lebih tinggi daripada pasaran. “Kes seterusnya membabitkan pegawai Akademi Kemahiran Belia Golf Negara, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memperakukan tuntutan bayaran elaun RM100 sebulan bagi tempoh enam bulan dan bayaran elaun latihan industri RM300 sebulan bagi tempoh tiga bulan kepada 60 pelatih sedangkan dikatakan ada pelatih tidak menerima kedua-dua elaun itu,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini semalam. Ali berkata, kes keempat membabitkan dua syarikat yang membuat tuntutan mengandungi butiran palsu berhubung Karnival Mesra Belia Parlimen Alor Setar, Jelebu dan Muar yang diadakan pada 2012 bernilai RM34,600 dan RM186,300 bagi perkhidmatan khemah dan platform serta perkhidmatan artis dan juruacara sedangkan sebenarnya tuntutan itu sudah dibayar Majlis Belia Malaysia. “Kes kelima membabitkan pegawai Majlis Belia Malaysia (MBM) mengemukakan tuntutan palsu kepada Jabatan Belia dan Sukan, KBS berkaitan Program Pemberian Bantuan pada 2011 kepada MBM membabitkan wang sejumlah RM1.53 juta sedangkan program itu tidak dijalankan. “Sementara itu, kes keenam pula membabitkan tuntutan palsu Telekom Malaysia (TM) kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhubung Projek Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 iaitu dua tuntutan dibuat bagi tempoh 2007 hingga 2012 membabitkan bayaran sebanyak RM3.34 juta sebagai kos seminar dan lawatan ke luar negara dan tuntutan RM1.03 juta sebagai bayaran pembekalan perkakas dan perisian. “Bagi tempoh 2007 hingga 2010, tuntutan bayaran perkhidmatan promosi dan publisiti sebanyak RM3.19 juta sedangkan projek sudah dibatalkan,” katanya. Beliau berkata, siasatan juga dibuat ke atas kes penyalahgunaan kuasa pegawai dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membabitkan projek penambahbaikan Loji Thermal Oxidation bernilai RM34 juta di mana pada masa itu, ada satu kes timbang tara antara syarikat Chain Cycle Sdn Bhd dengan KPKT dan perkara itu adalah dalam pengetahuan kementerian itu.

Tuesday, March 18, 2014


Hanez Suraya Bukan Lagi Duta Aura White

hanez suraya aura white

Ya memang sedih namun inilah yang harus ditempuhi oleh Hanez Suraya ekoran kontroversinya dengan suami orang. Menurut Berita Harian semalam, kontrak Hanez sebagai duta Aura White telah pun ditamatkan kerana kontroversi tersebut sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada produk kecantikan itu.
Untuk makluman, Hanez Suraya telah dilantik sebagai duta dan jurucakap produk Aura White sejak setahun yang lalu. Pada pendapat Abang Nara, pembatalan kontrak ini adalah satu langkah bijak oleh pihak pengurusan produk kecantikan ini kerana sebelum ini ada peminat yang fanatik telah mengajak pemboikotan produk ini kerana dutanya adalah Hanez Suraya.

hanez suraya
Kepada Hanez Suraya, bertabahlah. Perkara macam ini memang sering terjadi. Tiger Woods dulu pun banyak kontraknya dibatalkan apabila kantoi ada skandal. Lagipun Hanez ada Romie yang kaya raya di sisi. Setakat kontrak Aura White ini pastinya tidak menjejaskan diri Hanez. Tak gitu?


Sumber : BeatifulNara.com

 

Template by:

Free Blog Templates