Punca Enjin Pesawat Malindo Terbakar 26 Mac 2014
Punca
enjin pesawat Malindo Air dari Subang ke Terengganu terbakar pada 26
Mac 2014. Kebakaran pada enjin pesawat adalah perkara yang jarang
berlaku dalam sistem penerbangan. Namun nasib malang itu boleh berlaku
tanpa diduga. Terdapat beberapa faktor enjin pesawat terbakar
termasuklah masalah teknikal dan faktor penyelengaraan yang lemah serta
tidak mengikut prosedur. Namun antara faktor utama enjin terbakar adalah
masalah kebocoran pada tangki bahan api. Bahan api yang bocor mudah
terbakar apabila tersentuh permukaan enjin yang panas.
Terdahulu,
pesawat Malindo dari Subang-Terengganu terpaksa berpatah palik selepas
enjin sayap kiri pesawat terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira
lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul
Aziz Shah, Subang. Juruterbang berjaya melakukan pendaratan kecemasan
dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama. Semua 49 penumpang,
yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak
Terengganu, dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul
7.35 pagi itu dilaporkan selamat.
Sumber: Punca Enjin Pesawat Malindo Terbakar 26 Mac 2014 | melvister.com
0 comments:
Post a Comment