main |
sidebar
Posted by
Unknown
at
8:40 PM
Rasuah pembinaan UMK jeli
SPRM
buka 18 kertas siasatan
Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 18
kertas siasatan berhubung tindakan susulan terhadap Laporan Ketua Audit
Negara Tahun 2012 yang dibentangkan di Parlimen pada 1 Oktober dan 2
Disember tahun lalu.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, siasatan bagi
semua kes berkenaan sudah selesai dan dikemukakan kepada timbalan
pendakwa raya di Jabatan Peguam Negara termasuk mengambil keterangan
saksi. Katanya, antara kes disiasat termasuk tuntutan palsu di
Kementerian Kerja Raya di mana pengarah mengesahkan Sijil Perakuan Siap
Kerja bagi pembinaan Asrama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Jeli
bernilai RM23.6 juta dan Kampus UMK di Bachok bernilai RM100.4 juta
sedangkan kerja tidak mengikut spesifikasi dan tidak disiapkan
sepenuhnya kontraktor. “Selain itu, kes Kementerian Wilayah Persekutuan
dan Jabatan Landskap dan Rekreasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
pula membabitkan aktiviti rasuah serta penyelewengan berhubung perolehan
pokok instan untuk menambah baik Taman Dusun Bandar dengan membuat
pembelian pokok instan yang berharga lebih tinggi daripada pasaran. “Kes
seterusnya membabitkan pegawai Akademi Kemahiran Belia Golf Negara,
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memperakukan tuntutan bayaran
elaun RM100 sebulan bagi tempoh enam bulan dan bayaran elaun latihan
industri RM300 sebulan bagi tempoh tiga bulan kepada 60 pelatih
sedangkan dikatakan ada pelatih tidak menerima kedua-dua elaun itu,”
katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini semalam. Ali berkata, kes
keempat membabitkan dua syarikat yang membuat tuntutan mengandungi
butiran palsu berhubung Karnival Mesra Belia Parlimen Alor Setar, Jelebu
dan Muar yang diadakan pada 2012 bernilai RM34,600 dan RM186,300 bagi
perkhidmatan khemah dan platform serta perkhidmatan artis dan juruacara
sedangkan sebenarnya tuntutan itu sudah dibayar Majlis Belia Malaysia.
“Kes kelima membabitkan pegawai Majlis Belia Malaysia (MBM) mengemukakan
tuntutan palsu kepada Jabatan Belia dan Sukan, KBS berkaitan Program
Pemberian Bantuan pada 2011 kepada MBM membabitkan wang sejumlah RM1.53
juta sedangkan program itu tidak dijalankan. “Sementara itu, kes keenam
pula membabitkan tuntutan palsu Telekom Malaysia (TM) kepada Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berhubung Projek Malaysian
Emergency Response Services (MERS) 999 iaitu dua tuntutan dibuat bagi
tempoh 2007 hingga 2012 membabitkan bayaran sebanyak RM3.34 juta sebagai
kos seminar dan lawatan ke luar negara dan tuntutan RM1.03 juta sebagai
bayaran pembekalan perkakas dan perisian. “Bagi tempoh 2007 hingga
2010, tuntutan bayaran perkhidmatan promosi dan publisiti sebanyak
RM3.19 juta sedangkan projek sudah dibatalkan,” katanya. Beliau berkata,
siasatan juga dibuat ke atas kes penyalahgunaan kuasa pegawai dan
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
membabitkan projek penambahbaikan Loji Thermal Oxidation bernilai RM34
juta di mana pada masa itu, ada satu kes timbang tara antara syarikat
Chain Cycle Sdn Bhd dengan KPKT dan perkara itu adalah dalam pengetahuan
kementerian itu.
0 comments:
Post a Comment