Thursday, March 27, 2014

Beli burger dapat asid

 
Pasir Puteh: “Saya sangka dia mahu minum air dari botol dibawanya ketika menghampiri kami namun sangkaan saya meleset apabila tiba-tiba dia menyimbah cecair ke muka dan badan kami hingga menyebabkan rakan saya menggelupur kepanasan,” kata remaja berusia 14 tahun yang melecur bersama rakannya akibat disimbah asid ketika membeli burger di sebuah gerai di Kampung Banggol Pak Esah, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, Emi Azman, 22, cedera parah dengan melecur teruk di muka dan badan manakala remaja berkenaan Tuan Zulashraf Tan Yaacob, yang membonceng motosikal rakannya itu melecur di muka, bahu dan betis akibat terkena percikan asid berkenaan.

Ketika kejadian kedua-dua mereka berada di atas motosikal menunggu burger siap apabila disimbah asid oleh lelaki yang dikenali itu.


Foto
KEADAAN muka Tuan Zulashraf yang melecur selepas terkena tempias simbahan asid ketika dia bersama rakan membeli burger.

Menurut Tuan Zulashraf, selepas terkena simbahan asid itu, rakannya memecut motosikal untuk melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan turut dikejar suspek sebelum lelaki itu menghilangkan diri.


Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates