Tuesday, April 22, 2014

Sekolah bertukar lautan lumpur

Serdang: “Sekolah ini bertukar menjadi ‘lautan’ lumpur setiap kali hujan lebat berlaku. Akibatnya murid sekolah ini dipindahkan ke dewan berhampiran atas faktor keselamatan,” kata seorang bapa pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Sedang di sini, yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal, 40.
Dalam kejadian terbaru jam 5.50 petang kelmarin, hujan lebat yang berlaku menyebabkan banjir kilat menenggelamkan sekolah itu setinggi lebih 0.4 meter.

Kejadian banjir itu menyebabkan murid sekolah itu dipindahkan ke Dewan Rukun Tetangga Sri Serdang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. “Kejadian banjir kilat sudah acap kali berlaku dan masalah ini seolah-olah tiada penyelesaian walaupun sudah puluhan kali banjir melanda.

 
“Sebaik banjir surut, kawasan sekitar sekolah dan bilik darjah dipenuhi kotoran selut. Keadaan ini pastinya menjejaskan proses pembelajaran berikutan pihak pengurusan sekolah perlu membersihkan kawasan terlebih dahulu,” katanya. Dia berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pemimpin politik di kawasan itu ‘turun padang’ menyelesaikan masalah yang berlarutan sekian lama.

“Kasihan kepada guru dan murid sekolah ini. Mereka pastinya tidak senang duduk dan panik setiap kali hujan lebat berlaku,” katanya.


Sementara itu tinjauan wartawan pagi semalam mendapati anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serdang bertungkus-lumus membantu pihak sekolah membersihkan sisa lumpur yang memenuhi kawasan sekolah terbabit.

FotoGURU dibantu anggota bomba Serdang membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Sri Serdang yang ditenggelami banjir lumpur akibat banjir kilat, petang kelmarin.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Noor Zaidi Din berkata, lima anggotanya terbabit dalam operasi pembersihan di sekolah itu dengan menggunakan pili bomba. “Bantuan dihulurkan segera bagi memastikan pembelajaran murid di sekolah itu tidak terganggu,” katanya.

Sumber : Harian metro

Saturday, April 12, 2014

Perodua Myvi XT dilancarkan!


perodua-myvi-xtSeperti yang dinyatakan sebelum ini, Perodua telah pun melancarkan varian terbaharu Myvi yang dikenali sebagai Perodua Myvi XT. Pelancaran yang dilakukan di Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya semalam.
Antara penambah baikan yang terdapat pada Myvi XT, ia menggunakan rim aloi bersaiz 15 inci, peningkatan dari sebelum ini yang hanya menggunakan penutup rim. Jeriji hadapan turut menerima sentuhan rekaan bahagu dengan terdapat elemen krom, dan ciri seperti lampu hadapan projector, cermin sisi bersama lampu indikator, dan set lampu belakang dar LED masih dikekalkan.perodua-myvi-xt3
Jika dilihat dalaman pula, susun aturnya masih kekal, namun tempat duduk menggunakan fabrik baharu, dua tona warna, serta sistem audionya mempunyai sambungan Bluetooth dan USB – penambahbaikkan yang sebelum ini hanya terdapat pada varian Myvi yang lebih tinggi.
Masih kekal menggunakan enjin 1.3 liter DOHC 16V dengan DVVT yang dipadankan dengan dua pilihan kotak gear iaitu manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan. Padanan mekanikal ini menghasilkan 89 kuasakuda dan 117Nm tork.
Disamping pelancaran Myvi XT, Perodua juga turut mempromosi skim “What’s Up Graduate” yang pada dasarnya merupakan tawaran istimewa yang memudahkan penuntut serta graduan kolej dan universiti membeli kereta Perodua.
Promosi “What’s Up Graduate” menawarkan kad hadiah Petronas bernilai RM500, baucer Perodua bernilai RM500 dan perlindungan insuran kemalangan diri bernilai RM20,000.
Penampilan warna baharu yang pastinya mampu menarik perhatian golongan Gen-Y iaitu putih (Ivory White), hijau (Lime Green) dan perak (Glittering Silver). Di samping dua lagi warna pilihan seperti lain-lain model Myvi iaitu ungu (Mystical Purple) dan merah (Dazzling Red).
Ciri keselamatan yang ditawarkan untuk Perodua Myvi XT antaranya dua beg udara berkembar SRS dan telah menerima pengiktirafan tiga bintang dari ASEAN NCAP. Tiada pengenalan ABS, EBD mahupun bantuan brek dipasangkan untuk model ini.
Harga yang disenaraikan adalah seperti berikut;

XT Manual:
Perodua Myvi XT: RM41,936 (Solid)
Perodua Myvi XT: RM42, 436 (Metalik)

XT Automatik:
Perodua Myvi XT: RM44,936 (Solid)
Perodua Myvi XT: RM45,436 (Metalik)


SUMBER : Arena Kereta

Tuesday, April 1, 2014

BNM Nafi arah naikkan faedah

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan mengeluarkan sebarang arahan kepada bank supaya menaikkan kadar faedah bagi pembiayaan sewa beli kenderaan.
BNM dalam kenyataan semalam berkata, tiada sebarang arahan daripada bank pusat itu untuk menaikkan kadar faedah pembiayaan kenderaan.

"Institusi kewangan menetapkan kadar pinjaman mereka sendiri yang ditentukan oleh pelbagai faktor termasuk penilaian institusi kewangan terhadap kedudukan kredit peminjam, kadar pembiayaan pasaran dan pertimbangan yang kompetitif," katanya.
Sebuah akhbar kewangan tempatan semalam melaporkan kadar faedah pinjaman sewa beli telah meningkat sebanyak 40 mata asas bagi kenderaan nasional dan bukan nasional dalam tempoh dua minggu lalu.

Menurut akhbar itu, bank menyatakan peningkatan itu adalah 'arahan' BNM, sebahagian daripadanya didorong oleh kebimbangan pinjaman tidak berbayar untuk kenderaan bermotor yang semakin meningkat.


- BERNAMA

Terjunan Nazreen berbaloi

Petaling Jaya: Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) semalam mengumumkan penerjun sensasi remaja Mohd Nazreen Abdullah dan Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sebagai pemenang anugerah ‘Atlet Muda’ dan ‘Pasukan Paling Dinamik’ 2013.
Penerjun berusia 16 tahun dari Kuala lumpur itu mencipta nama di Sukan SEA Myanmar pada Disember lalu apabila meraih dua pingat emas acara 10 meter individu dan seirama, berpasangan dengan Ooi Tze Liang.
Nazreen membuat kejutan besar dalam sukan itu dengan menampilkan persembahan jitu di peringkat antarabangsa, termasuk menduduki tempat kesembilan Kejohanan Remaja Dunia di Adelaide dua tahun lalu. Dia juga bersaing di Piala Terjun Asia di Singapura, Sukan Remaja Asia (Nanjing) dan Festival Remaja Olimpik (Sydney).

Nazreen akan menerima anugerah itu ketika Atlet Tahunan 2013 dalam majlis di Petaling Jaya Hilton esok. Acara itu akan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Foto
MOHD Nazreen (kanan) penerima anugerah ‘Atlet Muda’.

Sumbangan akuatik kepada negara dalam melahirkan atlet bertaraf dunia turut menyaksikan menyebabkan ASUM dianugerahkan Persatuan Paling Dinamik 2013.






Sumber : Harian Metro

Template by:

Free Blog Templates