Saturday, April 12, 2014

Perodua Myvi XT dilancarkan!


perodua-myvi-xtSeperti yang dinyatakan sebelum ini, Perodua telah pun melancarkan varian terbaharu Myvi yang dikenali sebagai Perodua Myvi XT. Pelancaran yang dilakukan di Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya semalam.
Antara penambah baikan yang terdapat pada Myvi XT, ia menggunakan rim aloi bersaiz 15 inci, peningkatan dari sebelum ini yang hanya menggunakan penutup rim. Jeriji hadapan turut menerima sentuhan rekaan bahagu dengan terdapat elemen krom, dan ciri seperti lampu hadapan projector, cermin sisi bersama lampu indikator, dan set lampu belakang dar LED masih dikekalkan.perodua-myvi-xt3
Jika dilihat dalaman pula, susun aturnya masih kekal, namun tempat duduk menggunakan fabrik baharu, dua tona warna, serta sistem audionya mempunyai sambungan Bluetooth dan USB – penambahbaikkan yang sebelum ini hanya terdapat pada varian Myvi yang lebih tinggi.
Masih kekal menggunakan enjin 1.3 liter DOHC 16V dengan DVVT yang dipadankan dengan dua pilihan kotak gear iaitu manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan. Padanan mekanikal ini menghasilkan 89 kuasakuda dan 117Nm tork.
Disamping pelancaran Myvi XT, Perodua juga turut mempromosi skim “What’s Up Graduate” yang pada dasarnya merupakan tawaran istimewa yang memudahkan penuntut serta graduan kolej dan universiti membeli kereta Perodua.
Promosi “What’s Up Graduate” menawarkan kad hadiah Petronas bernilai RM500, baucer Perodua bernilai RM500 dan perlindungan insuran kemalangan diri bernilai RM20,000.
Penampilan warna baharu yang pastinya mampu menarik perhatian golongan Gen-Y iaitu putih (Ivory White), hijau (Lime Green) dan perak (Glittering Silver). Di samping dua lagi warna pilihan seperti lain-lain model Myvi iaitu ungu (Mystical Purple) dan merah (Dazzling Red).
Ciri keselamatan yang ditawarkan untuk Perodua Myvi XT antaranya dua beg udara berkembar SRS dan telah menerima pengiktirafan tiga bintang dari ASEAN NCAP. Tiada pengenalan ABS, EBD mahupun bantuan brek dipasangkan untuk model ini.
Harga yang disenaraikan adalah seperti berikut;

XT Manual:
Perodua Myvi XT: RM41,936 (Solid)
Perodua Myvi XT: RM42, 436 (Metalik)

XT Automatik:
Perodua Myvi XT: RM44,936 (Solid)
Perodua Myvi XT: RM45,436 (Metalik)


SUMBER : Arena Kereta

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates