Tuesday, April 1, 2014

Terjunan Nazreen berbaloi

Petaling Jaya: Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) semalam mengumumkan penerjun sensasi remaja Mohd Nazreen Abdullah dan Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sebagai pemenang anugerah ‘Atlet Muda’ dan ‘Pasukan Paling Dinamik’ 2013.
Penerjun berusia 16 tahun dari Kuala lumpur itu mencipta nama di Sukan SEA Myanmar pada Disember lalu apabila meraih dua pingat emas acara 10 meter individu dan seirama, berpasangan dengan Ooi Tze Liang.
Nazreen membuat kejutan besar dalam sukan itu dengan menampilkan persembahan jitu di peringkat antarabangsa, termasuk menduduki tempat kesembilan Kejohanan Remaja Dunia di Adelaide dua tahun lalu. Dia juga bersaing di Piala Terjun Asia di Singapura, Sukan Remaja Asia (Nanjing) dan Festival Remaja Olimpik (Sydney).

Nazreen akan menerima anugerah itu ketika Atlet Tahunan 2013 dalam majlis di Petaling Jaya Hilton esok. Acara itu akan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.


Foto
MOHD Nazreen (kanan) penerima anugerah ‘Atlet Muda’.

Sumbangan akuatik kepada negara dalam melahirkan atlet bertaraf dunia turut menyaksikan menyebabkan ASUM dianugerahkan Persatuan Paling Dinamik 2013.






Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates