PAC beri peringatan tangani isu keselamatan
Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihak pengurusan MAHB ketika dipanggil pada mesyuarat PAC sebelum ini mengakui menyedari wujud masalah itu dan memberi jaminan akan menyelesaikannya.
"Persoalannya, berapa pula kos penyelenggaraan bagi membaiki masalah
landasan mendap itu, sedangkan kos pembinaan keseluruhan KLIA2 saja
menjangkau RM4 bilion malah sebahagian kawasan seperti landasan yang
tidak dibina dengan baik akan menyebabkan kos baik pulihnya lebih tinggi
dari kos asal.
"Kawasan dalaman bangunan tidak menjadi isu, isunya membabitkan kawasan luar seperti landasan yang juga kawasan paling penting kerana babitkan keselamatan penumpang dan pesawat.
"Bila mereka datang pada kita (PAC) untuk beri penjelasan, mereka akui sedar tentang masalah itu dan akan perbetulkan. Jadi, sekarang kita tengoklah mereka (selesaikan), biar masa yang menentukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PAC Penggal Kedua 2014 di Parlimen, hari ini.
0 comments:
Post a Comment