Perlebaran PLUS jangka siap hujung tahun
Petaling Jaya: Projek pelebaran lorong keempat di lebuh raya kendalian Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dijangka siap pada penghujung tahun ini.
Ketua Pegawai Operasi PLUS Mohammad Fuad Khusairi berkata, projek dianggarkan bernilai RM1.4 bilion itu bermula sejak Julai 2012 membabitkan empat laluan utama.
"Empat laluan berkenaan ialah Shah Alam-Sungai Buloh sepanjang 16
kilometer (km), Bukit Lanjan-Jalan Duta (7km), Sungai Buloh-Rawang
(13km) dan Persimpangan Nilai Utara- Port Dickson (27km).
"Ketika ini, kerja fasa kedua membabitkan penjajaran dan penandaan semula lorong sedia ada, penutupan lorong kecemasan seterusnya kerja pembinaan asas di laluan terbabit sedang dijalankan, " katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.
Menurutnya, dengan penambahan lorong keempat berkenaan dapat meningkatkan lagi 33 peratus kapasiti pengguna iaitu 220,000 jumlah kenderaan yang melalui lebuhraya itu setiap hari.
SUMBER : Harian Metro
0 comments:
Post a Comment